Isnin, 19 Mac 2012

Baju baby dah cuci

semalam berhempas pulas ngan daddy basuh baju baby.. semangat sungguh balik awal dari kg petang sabtu jugak sebab nak cuci baju ari ahad tu.. tapi ujan la pulak. baju baby tak kering pun.

minggu lepas sangat penat.. balik kg ari khamis.sebab adik nak bertunang. buat jugak la kerja sebab tak reti nak duk diam. siap kena marah lagi ngan orang kg.. last2 saya duk dediam je dalam bilik adik komen itu ini.. hahaha..

Khamis, 8 Mac 2012

macam macam hal

semalam gi check up.. seawal kul 7.30 dah smpai klinik dapat no 001. tapi kul 11 lebih baru abis semuanya.. terasa penat sangat,

semalam jugak daoat result MGTT tu. dukacita sebab paras gula sangat tinggi.. keluar air mata ni. rasa takut sangat. semalam juga urine pun ada masalah keputihan sampai ada jangkitan kuman. semalam jugak BP tinggi sampai kena ulang banyak kali..

masuk je dalam kete, mmg rasa tak tahan nak menangis.. daddy pun diam je..ari kelmarinnya kami gaduh. mungkin sebab tu daddy marah dan tak hiraukan mummy.bila menagis daddy tanya kenapa? mummy cuma cakap sakit perut,

balik kerja mmg rasa tak bermaya.. mummy belum cerita lagi apa yang jadi kat klinik td, mummy tido dulu sebab rasa nak tenangkan pikiran.. tapi takleh. akhirnya mummy nangis lagi.. nangis aje.. baru la daddy datang dekat tanya apa yang jadi.. 

ari ni kena pegi lagi ke klinik jumpa dengan PZM.. pegawai zat makanan. dia bagi tahu macam mana nak kontrol kadar gula untuk perempuan hamil yang ada diabetis.. dekat kul 11 juga baru abis... balik ke opis siap kena perli pulak... kontrol makan pun kena diabetis jugak.. baik belasah je semuanya.. buat penat badan jer..

perasaan ni : rasa nak bagi penampar je sib baik PM umum ada kenaikan gaji kuranaglah sikit rasa nak marahnya

Isnin, 5 Mac 2012

Kenduri kesyukuran bacaan yassin

Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah, kerana permudahkan urusan kami..
Sabtu lepas balik umah MIL sebab buat sikit bacaan yassin dan kenduri kesyukuran.. dah 7 bulan kandunganku ini.. terima kasih yang tak terhingga pada keluarga mertuaku yang bertungkus lumus mengadakan majlis ni.. doa2 makcik2 sekalian sangat besar ertinya pada kami yang menunggu zuriat ni lebih 2 tahun lamanya..

Dibekalkankan air yasin untuk dibuat minum dan mandi sedikit.. berniatlah semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.. kata acik yang lead majlis tu.. tapi sebab penat amat rasanya tak sempat lagi nak mandi dan minum air yasin tu.. tgk la balik kerja karang baru buat.. afdal buat cepat2