Jumaat, 28 September 2012

penyusuan susu ibu secara ekslusif

sejak akhir2 ni runsing sangat pikir pasal susu. terasa sangat yang susu badan ni makin sikit.. 2 hari ni puas cari info pasal susu ni.. kalo boleh (sebenarnya nak sangat anak dapat hisap susu ni 2 tahun macam yang disarankan). 
esok cuti.. nak rest.. moga2 susu ni banyak untuk putera kami

Khamis, 27 September 2012

5 BULAN

Alhamdulillah...
Anakanda kami berusia 5 bulan hari ni.. Syukur sangat kerana diberi kesempatan melihat anakanda permata hati kami membesar. Semoga kami sekeluarga bahagia dan sihat sejahtera hendaknya..

Khamis, 20 September 2012

Perkembangan bayi mengikut bulan

lama sangat tak update blog ni.. tapi hari2 saya bukak blog ni.. cuma macam hilang skill nak menulis.
kat sini nak update sikit perkembangan bayi ikut bulan.. sejujurnya saya ibu yang baru merangkak-rangkak mempelajari skill keibubapaan ni.. kalu sesiapa ingat dalam buku anak kita ada kita kena catit perkembangan anak kita kan..so elok jugak kalu kita catit dalam ni..

1 bulan - banyak bangun malam
2 bulan - banyak bangun malam
3 bulan - kena kejut nak bagi susu. punya la syok dia tido.. 
                mama pun syok jugak dapat tido lena
4 bulan - sekali sekala bangun malam juga
4 bulan 2 minggu - dah pandai meniarap. pantang lepa terus menerap je

Khamis, 6 September 2012

kepala anakku terhantuk di pintu


sadisnya check up 4 bulan anakku ari ni.. dah la masa menunggu lama.. checknya sekejap jer.. cuma timbang dan amik ukuran tinggi.. pastu siap..
yang sedihnya bila nak kuar pintu... satu tanganku dukung anak satu lagi bukak pintu... tgn ni tak kuat kut.. terhantuk kepala anakku.. bengkak dan merahhh.. rasa macam nak pukul jer diri sndiri!! kenapa lah jadi macam ni.. maafkan mama anakku.. mesti sakit sgt tu.. siku mama pun sakit terkena pintu tu
respon papa? marah dalam lembut.. kata2 yang begitu menusuk jiwa.. mana mungkin mama teruskan langkah kalau mama tahu nak jadi macam tu.. naluri seorang ibu tiada siapa yang tahu