UPDATE
sangat lama tak update blog.
sebab???
dah berbulan tak boleh nak update..
tetiba
bulan yang lalu saja cuba2.
eh eh..
boleh pulak
tiba-tiba
cuma jalan2 rumah orang lain sebab takde idea nak tulis
tepu setelah kian lama tak update
Selasa, 19 November 2013
Selasa, 10 September 2013
Rabu, 5 Jun 2013
Jumaat, 19 April 2013
COUNTING DAYS
Waktu blog ni tak dapat nak update.. mmg frust gile siap terpikir nak bukak blog baru.. tapi sabor je sebab bukan senang nak buatnya plus lagi mama ni bukan pakar IT pun nak kodek sana kodek sini...ini pun mujur la blog mama jadi jugak..tapi jangan ingat mama duk diam jer.. mama ari2 blogwalking.. serius seronok giler baca blog2 mummy yang gojes2.. macam macam cerita ada..
Yang mama paling teruja nak baca ialah BIRTHDAY anak2 mummy semua. sebab bulan April ni adalah bulan kelahiran baby boy mama.. seronok weh cari idea macam mana nak celebrate..Tapi... mama sedih sebab mungkin tak dapat celebrate besday baby mama turn 1 ujung bulan ni...
Rabu, 17 April 2013
Khamis, 21 Februari 2013
Selasa, 19 Februari 2013
MILESTONE 9 BULAN
Dah 9 bulan putera hati kami..
apa perkembangannya... ermmm berita gembira sebab thaqif dah ada gigi
gambar gigi tak sempat nak snap lagi
sumber google |
sebab gambor gigi yang real takde... so mama lukis la gambo ni... hahaha ye ooo je lukis kan
gigi yang tumbuh tu gi yang central incisor Lower Teeth..
ok la tu...
mama gembira jugakRabu, 13 Februari 2013
Jumaat, 8 Februari 2013
Khamis, 7 Februari 2013
Innalillahhiwainnailaihirojiun -
Ahmad Adam Syukri kembali ke Rahmatullah...
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
Tabahlah wahai ayah dan ibu adam...
Allah lebih menyayanginya...
Syurgalah tempat anak kecil itu, InsyaAllah.
# tetiba rindu pada mucyuk saya kat umah BS.... sabar ye jap lagi mama balik
Khamis, 31 Januari 2013
SURPRISE.... SO TOUCHING
Ari ini dalam sejarah...!!!!!!
Sebab tuan punya Blog Kakiku Suka Berjalan drop komen kat blog ni...
Rasa nak meleleh air hidung ni...
Pasal apa tau..
Dalam satu hari adalah beratus2 kali bukak blog dia...
Sebab...
Suka tengok transformasi si dia
dulu dia giler2 dan masih lagi giler2 walau pun tudung tu dah labuh
Dari blog dia saya jugak dapat banyak ilmu
dari blog dia jugak saya dapat link banyak blog mak mak yang lain
dari blog dia jugak la saya kenal blog neena nuar dan mimy
sampai ke hari ni mmg saya tak pernah miss baca blog u all
So Puan Kaki..
Teruskan dakwah melalui blog awak tu
sebab ramai yang akan baca
Selasa, 15 Januari 2013
ANAK DEMAM, BAPAK DEMAM, MAK DEMAM SATU RUMAH DEMAM
Dugaan sungguh.. mula2 en. suami yang demam. panas sungguh berbahang badan dia.. so aku pun cuti la.. isteri mithali kan.. heheh
pastu berjangkit kat anak pulak.. mama dah gabra ni.. teringat lagi masa baby demam 1st time dulu.. mmg uru hara. tak sanggup rasanya nak hadap semua tu.. dalam hati selalu berdoa semoga sakit anak tu transfer kat mama ni.. takpe mama rela
semalam mama cuti lagi sebab anak still demam lagi.. bila mama dah mandi nak bersiap gi kerja dia merengek je.. mmg tak sampai hati nak tinggalkan.. lagi pun mama pun tak terkena jangkitan demam ni jugak..
ari ni mama masih belum pulih sepenuhnya.. tapi baby mama dah hantar gi umah pengasuh baru.
Ya Allah.. tak sanggup nak pikir ape keadaan baby kat umah BS tu. ari ni 1st day pulak tu.. harap2 BS tu dapat la jaga baby mama macam anak dia sendiri
sumber : google
bila tgk pic ni teringat kat anak mama tu... kepala dia pun papa dah botakkan semalam.. punya la meraung kat kedai gunting tu..
Khamis, 3 Januari 2013
BILA ANAK DAH 8 BULAN : RAGAMNYA
Ini artikel yang mama dapat dari Babycenter
Bagus sangat info ni.. maklum lah bila dah 8 bulan ni anak dah banyak ngat ragamnye... huhu..
rasa seriau pulak nanti nak anta baby gi ke umah pengasuh baru...
Sifat semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.Apabila berpisah
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.
Langgan:
Catatan (Atom)