Khamis, 31 Januari 2013


HATI BERBUNGA RIANG


YAhooooo..
Mood gembira..
sebab esok cuti





SURPRISE....  SO TOUCHING

Ari ini dalam sejarah...!!!!!!
Sebab tuan punya Blog Kakiku Suka Berjalan drop komen kat blog ni...
Rasa nak meleleh air hidung ni...
Pasal apa tau..
Dalam satu hari adalah beratus2 kali bukak blog dia...
Sebab...
Suka tengok transformasi si dia
dulu dia giler2 dan masih lagi giler2 walau pun tudung tu dah labuh

Dari  blog dia saya jugak dapat banyak ilmu
dari blog dia jugak saya dapat link banyak blog mak mak yang lain
dari blog dia jugak la saya kenal blog neena nuar dan mimy
sampai ke hari ni mmg saya tak pernah miss baca blog u all

So Puan Kaki..
Teruskan dakwah melalui blog awak tu
sebab ramai yang akan baca

Selasa, 15 Januari 2013


ANAK DEMAM, BAPAK DEMAM, MAK DEMAM SATU RUMAH DEMAM

Dugaan sungguh.. mula2 en. suami yang demam. panas sungguh berbahang badan dia.. so aku pun cuti la.. isteri mithali kan.. heheh
pastu berjangkit kat anak pulak.. mama dah gabra ni.. teringat lagi masa baby demam 1st time dulu.. mmg uru hara. tak sanggup rasanya nak hadap semua tu.. dalam hati selalu berdoa semoga sakit anak tu transfer kat mama ni.. takpe mama rela
semalam mama cuti lagi sebab anak still demam lagi.. bila mama dah mandi nak bersiap gi kerja dia merengek je.. mmg tak sampai hati nak tinggalkan.. lagi pun mama pun tak terkena jangkitan demam ni jugak..
ari ni mama masih belum pulih sepenuhnya.. tapi baby mama dah hantar gi umah pengasuh baru.

Ya Allah.. tak sanggup nak pikir ape keadaan baby kat umah BS tu. ari ni 1st day pulak tu.. harap2 BS tu dapat la jaga baby mama macam anak dia sendiri



sumber : google


bila tgk pic ni teringat kat anak mama tu... kepala dia pun papa dah botakkan semalam.. punya la meraung kat kedai gunting tu..

Khamis, 3 Januari 2013


BILA ANAK DAH 8 BULAN : RAGAMNYA

Ini artikel yang mama dapat dari Babycenter
Bagus sangat info ni.. maklum lah bila dah 8 bulan ni anak dah banyak ngat ragamnye... huhu.. 
rasa seriau pulak nanti nak anta baby gi ke umah pengasuh baru...

Sifat semakin emosional

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.

Apabila berpisah

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.