Selasa, 31 Mei 2011

ubat untuk turun period

lepas balik dari outstation 2 minggu sudah... saya memang NEKAD nak pergi jumpa Dr. Period ni dah lama tak datang.. memang perkara biasa dah.. tapi memandangkan saya tengah TTC makanya haruslah saya ambik berat pasal kitaran haid ni.. tambah kuat semangat bila baca dalam forum RH ada forumer yang delay period pun gi jumpa Dr untuk dapatkan ubat turun haid.. ishhh ngeri kalu ingatkan..sebab walau pun umur dah 3 series tapi tak tahu apa pasal menda2 cenggini.. ingatkan mesti Dr nak godek2 kat bawah 'tut' tu.. takutnya.. dangkalnya ilmu saya kan...

tapi dalam pada dok plan bila masa nya yang sesuai untuk pergi klinik dan berkira2 ngan en. suami bila ada masa free.. so miracle.. period tu datang sendiri tanpa bantuan dari ubatan.. syukur sangat... tapi period ni macam tak lawas.. sikit2 jer.. harap2 betul ini darah period.. bukan benda lain..

Isnin, 30 Mei 2011

blogger yang kelam kabut

aduhhh akhirnya dapat jugak saya bukak blog ni.. memang kelam kabut betul... banyak post nak entry blog pulak buat hal.. saya siap reset password tu.. ingatkan blog saya ni ada masalah.. rupanya memang blog ni ada kalanya akan jagi cenggini.. adoiii.. pengalaman sungguh.. al maklum saya ni bukan la celik IT sangat.. bila ada hal kecik gini pun tak leh handle.. pastu gelabah sensorang.. padan la muka sendirik... heehhe.. takper la akhirnya dapat jugak nulis kat blog nihh..

anyway... nak citer pasal Besday en. suami.. dah genap 33 tahun suamiku.. semoga abang sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, ensem sokmo dan menjadi suami yang terbaik.. teringat dulu masa besday saya, semasa nak odw makan malam sempena besday tu.. en. suami ada buat ucapan.. selamat hari jadi syg.. semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera  hidup bahagia dan semoga kita dikurniakan anak2 yang comel sikit masa lagi.. comel macam abg tapi bijak mcm syg.. terharu.. semoga tuhan mendengar doa suamiku.. tahun ni takder yang luar biasa pasal sambutan besday en. suami.. cuma makan di kedai.. cuma saya sempat surprisekan sepotong kek yang saya minta budak kedai tu tulis sikit n hias kat tepi piring tu.. okk gak tu.. cantik jugak n nampak riak wajah suamiku berubah kelu tak terkata.. terperanjat kot heheheh...

Selasa, 24 Mei 2011

tak mampu nak berpura2..

Hari ni dapat berita SIL dah selamat melahirkan.. korang boleh bayangkan tak??? SIL yang berusia dari saya pun beranak lagi.. saya ni takder apa2 pun.. macam mana lah nak mengadap depa semua nanti.. nasib baik ari ni weekdays.. so ada lah alasan kerja.. kalu tak.. mesti payah nak sembunyikan raut wajah kecewa kami laki bini.. dugaan.... kalu ari ni mengelak.. hari raya nanti kena jumpa jugak..

Bila la agaknya rezeki kami nak tiba...

Isnin, 23 Mei 2011

kenapa perlu tahu...

kenapa perlu tahu??? memang banyak benda yang saya masih lagi tak paham.. kenapa? kenapa? masih belum dikurniakan permata hati.. so kenalah cari info2 mana yang manfaat untuk kearah itu.. walau pun umur dah masuk ke 3 series tapi pengetahuan bab2 yang begini memang zero... so thank pada blog pakar ni.. saya cedok sikit ilmu awak letak kat blog saya ni supaya dapat jadi rujukan yang mudah masa akan datang..

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

minggu baru.. mOOd baru

salam minggu baru.. semoga mood minggu yang baru ni lebih ceria dan sentiasa bahagia..
ari ni saya pakai baju yang ada kaler cream.. kenapa?? sebab saya pernah hadir kursus.. antara contentnya adalah warna pakaian kita akan mempengaruhi mood kita.. so dia ada listkan warna apa yang harus pakai untuk naikan mood sendiri.. tak rugi apa pun cuba.. inilah hasilnya.. Mood Happy.. mungkin kebetulan atau apa ntah la.. tapi dah 3 kali cuba ikut list tu boleh dikatakan menjadi.. aura nya ada..

Khamis, 19 Mei 2011

asyik cramp perut je

Sangat lama blog ni saya tak jengah .. bukan la sibuk pun.. tapi buat2 sibuk jer.. baru balik dari trip gi jalan2 makan angin.. best la jugak..alih2 ari ni masuk kijer.. nak melambak! menimbun! penuh meja.. tapi cool takper.. saya dah biasa pun.. nama pun kuli ajer..
sibuk2 ngemas meja ni..ngankat segala barang2.. dan dokumen yang banyak ni perut ni jadi cramp sangat.. aduhhhhh...apa dah jadi nih????



Selasa, 10 Mei 2011

semoga dijauhi dari sebarang penyakit..

sangat lama saya tak update blog ni... yang datang jenguk sini mesti dah boringkan... maaf la selain takde yang menarik nak kongsi.. takde mood jugak nak update... pada kawan kat RH yang dah peknen tahniah untuk kalian.. doakan untuk saya dan kawan2 yang masih mencuba untuk sama-sama mengikuti jejak kalian...

sejak semalam lagi, perut ni rasa tak berapa selesa.. rasa macam panas dan keras.. dalam hati ni terpikir ada nyawakah yang sedang membesar disitu.. cuba2 jugak tekan.. memang keras.. tapi kadang2 ok jer pulak.. saya konpius.. tak tahu apakah itu.. ada jugak suruh en. suami rasa perut tu.. memang keras katanya.. that all. takde la dia cakap pi klinik ke check.. atau apa pun.. saya ni dah la tak suka dan penakut ngan hospital.. dari kecik memang takkan makan ubat kalu sakit atau demam.. saya rela tanggung kesakitan dari di bawa gi klinik.. tapi perut ni??? bukan sekali dua jadi macam ni..

last month pun sama.. dari hasil searching kat tenet dan info dari RH, tanda2 macam preggy tu macam banyak sangat..  macam2 la...saya ada rasa perut mengeras, breast sakit takleh sentuh..rasa lapar memanjang, asyik nak terkucil jer, mulut pulak asyik rasa berair jer.. start rasa gitu saya pun jaga makan, jaga pergerakan dan cuba jaga apa saja.. tapi tak ngandung jugak.. test pun -ve.. en.suami pun cakap bukan tanda peknen tu sebab tak loya dan muntah pun.. iya jugak kan.. abis tu yang saya asyik duk rasa perut tak selesa tu apa? Ya Allah jauhi lah aku dari penyakit.. selepas buat test tu otomatik semua rasa macam peknen tu hilang!!! sekelip mata.. sedihnya..

tapi minggu lalu.. perasaan yang sama berulang.. perut ni mengeras semula.. dan opkos peot ni masih tidak datang lagi dari bulan mac ari tu.. kalau ikutkan memang perkara normal pada saya tapi entahlah... sejak menjadi forumer tegar kat RH tu.. bila delay lama sangat jadi takut pulak.. tapi untuk pegi dapatkan rawatan di klinik .. aduh ini yang payah saya dan en. suami masih mengumpul kekuatan atau pun yang lebih sesuai ALASAN???

apa yang dapat saya harapkan.. semoga jangan lah ada sebarang penyakit lain..

Selasa, 3 Mei 2011

ada dah jadi

eh eh... apasal jadi macam ni pulak.. mentang2 la dah lama tak hapdet blog ni.. tetiba jadi kacau bilau pulak... macam2 yang ditulis alih2 blank jer yang kuar...