Khamis, 8 November 2012

BABY BATUK DAN BERKAHAK

sejak akhir2 ni dah jarang sangat update entry kat sini.. banyak sangat cerita sampai tak tahu nak mula dengan yang mana satu.. tapi selalu blogwalking.. ambik tahu pasal kawan2 semua..

rasa nak mula ngan cerita anak.. maklumlah dah jadi mak orang ni mesti la kalu tak banyak sikit mesti nak selit pasal certa anak.. anyway permata hati kami dah 6 bulan ++. sangat gembira dengan kehadirannya.. benarlah kata orang anak tu datang siap dengan pakej. ada gembira ada sedih ada teruja ada penat macam tak cukup napas.. seribu satu rasa.. tapi walau apa pun keletah anak sentiasa mencuit rasa walau pun bila balik keje penat sangat2... kalu ikut hati nak balik bergolek2 jer.. tapi demi mu anak gagahkan jugak la..

hari ni pergi keje dengan satu rasa yang sangat TAK BEST!!! Sebab Thaqif batuk + nafas bunyi macam orang nak semput. 1st time kena macam tu.. risau sangat ni.. tadi dak pegi check ngan doktor tapi dia cakap ok jer. biasa lah mungkin nak batuk berkahak tu.. aduhai... kita ni punya la risau dia boleh kata takde apa pulak.. dia ada bekalkan ubat batuk. tapi tak bagi lagi.. nak pantau dulu24 jam tgk macam mana. next week nak balik kg cuti panjang.. kalu anak batuk susah la nanti dia tak selesa.

anak korang pernah tak jadi macam ni? kongsi la cerita atau petua.. baru nak jadi mak2 ni semua perkara serba baru tak tahu apa pun.. kadang2 bila baca tak sama ngan pengalaman kawan2 semua.. 

# Ya Allah, padamu aku bermohon berilah kesihatan yang baik kepada anakku ku... mohon korang pun tolong doakan juga ye


Tiada ulasan:

Catat Ulasan