Jumaat, 8 April 2011

Bersediakah Aku??

.: Persediaan Sebelum mengandung :.
Bagaimana proses kehamilan berlaku?
Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.
Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.
kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.
setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).
Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.
Merancang untuk mengandung?
Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.
Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.
Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).
Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.
Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.
Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.
dipetik dari: mengandung.com

kejayaan 1st

yahoo.. berkat kesabaran aku... taraaaa inilah hasilnya.. blog yang aku idamkan telah aku make up sikit demi sikit.. ok la tu at least ada gak rupe macam blog orang lain.. takder la malu benor aku nak nunjuk blok aku ni kat orang.
takder cikgu pun tau aku make up blog ni.. pepandai sndiri aje aku buat.. godek2.. klik2 sana sini.. fuhhh aku puas ati.. memang superb.. syabas bete kat diri aku sendiri..sebagai hadiahnya nasik ayam sebungkus + air soya campur + popia 2 untuk santapan makan tengah hari ku..

sangat sangat gembira... mia sara pun minat kat blog ni..

Rabu, 6 April 2011

Pening Lalat

ari ni bangun je dari tido aku dah rasa pening lalat... heheeh.. apa tu pening lalat ye?? pening yang tak seberapa nak rasa pening sangat tapi kalu dia datang rasa Ya Allah saja yang tahu macam mana..

ari ni pun makan tak berapa nak selera sangat.. memang pening dan pusing2 rasa kepala nih

Isnin, 4 April 2011

APRIL 2011

minggu ke 2  bulan April... ISNIN... sangat mengantukk... mungkin 2 hari weekend asyik tergolek ajer tido.

pagi-pagi ni kat opis lemau sikit nak start buat kerja.. so nak tulus blog dulu la sikit.. dah lama benor tak update blog ni.. sibuk sangat la kononnya..

Isnin, 7 Mac 2011

blog dah berabuk

sangat lama tak update blog ni.. macam2 cerita ada. tapi ntah kat mana nak mula.

suka gak aku merayau kat Blog orang lain... cantik2 belaka. tapi aku tak tahu macam mana nak buat. puas dah godek2 tapi tak reti2 gak. mungkin itu faktornya yang buat aku malas dan takder hati nak hapdet blog ni sangat.. hehehe... alasan jer tu. yang benarnya memang aku ni yang pemalas nak nulis. takder mood langsung..

Khamis, 17 Februari 2011

Semoga panjang umur dan murah rezeki


13 Februari... ulangtahun kelahiran aku... semoga panjang umur dan murah rezeki.. itu ucapan biasa yang kita dengar bila ulang tahun kelahiran. pada kawan2 yang wish terima kasih atas doa kalian.. tapi yang paling spesel tentulah doa suamiku yang di baca depan aku.... amin ya rabbal al amin..mudah2an doa kalian sentiasa melingkari hidup ini

Isnin, 7 Februari 2011

berjimba-jimba dalam ujan

hujung bulan lepas aku n hubby apply cuti.. so plan awalnya nak gi jemputan kenduri kawin anak buah aku pastu kami akan naik Johor Bahru. sesaja nak ngabiskan masa dan wang ringgit yang ada.. so lepas balik kerja ari rabu.. kami pun terus menuju ke home town my dear.. saja nak lalu ikut situ.. singgah umah mother in law nak makan satay.. tapi ujan punya la lebat.. hanya Tuhan yang tau betapa takutnya kami nak mengharung perjalanan ke sana..sebelum isyak kami bertolak ke Pahang pulak..

so kenduri malam jumaat kat Pahang sangat la happening... seronok jugak buat kenduri kahwin malam ari ni.. sedikit kelam kabut tapi ok la.. jangkaannya malam tu jugak nak balik kg my dear tapi sebab dah lewat sangat kami buat keputusan balik tido umah akak. tap sebelum tu hantar adik balik asrama dulu.. maklum kenduri kendara ni buat weekdays makanya kelam kabut la tetamu balik sebab esoknya KERJA!!!!

Tapi kami memang dah apply cuti.. so hajat atinya memang nak berjimba2... PENING!!! MIGRAIN!!! eh apa dah jadi pada aku ni!!! pening.. memang sangat pening.. aku tak larat demam panas dah ni..