dari ari jumaat lagi aku memang teruja nak balik umah.. nak sangat sampai umah cepat.. tapi apa boleh buat kijer ni banyak sangat.. so kul 6.30 jugak kuar dari opis..
ada something yang aku nak buat sebenarnya.. tapi tertangguh lagi sebab aku takder alatnya. aku asyik rasa lapar jer.. cepat letih..penat memanjang.. asyik sakit je bawah perut.. kejap2 mengeras kejap2 ok normal.. eh eh tak paham aku apa petanda..
SIMPTOM ?? Kalu tanya kat pakcik google macam real je simptom tu.. tapi kena ada yang ngesahnya dulu.. tu la yang aku nak buat nih.. dalam masa 2 ke 3 ari yang perut aku asyik cramp jer tambah ngan sakit2 belakang ngan sakit pinggang ni..punya la susah aku nak pegi beli benda alah tu.. walau pun pegi dengan encik hubby.. aku taknak dia tahu yang aku nak buat ujian paling susah nak hadapi kenyataan dengan resultnya.
Pagi ahad tu.. bangun je dari tido aku terus buat langkah drastik menjalankan ujikaji pada diri ku ini.. 3 hari aku memikirkan perkara nih.. akhirnya HAMPA!!!. sangat FRUST!!! sangat DOWN!!!
Anehnya sakit perut itu tetiba hilang.. semua simptom2 tu jugak turut hilang dengan air mata yang mengalir laju.. tak pernah lagi aku rasa sehampa ini.. Oh Tuhan.. tolonglah aku..
Pagi ahad tu juga, bila en. hubby balik dari shif malamnya.. kami duk bekfas sama2.. baca paper tapi pikiran aku bercelaru.. kusut.. jiwa kacau.. aku cuma pandang sahaja makanan dan muka hubbyku tanpa suara..dan yang paling menjeruk rasa.. inginku berkongsi duka ini dengan sang suamiku tapi apakan daya.. mana mungkin aku menambah sengsara pada dia yang ku cinta..
en. suami : yang, abang ada beli bekfas ni
isteri : tak selera la nak makan
en. suami : kenapa?? mari la makan dulu.. abg temankan (sambil belek2 paper metro)
yang tahu tak, kawan abang R tu bini dia dah ngandung.. so depa tanya abang dah ada ke belum
isteri : iye ke? alhamdulillah.. lama dia kawin kan bru dapat anak
en. suami : ermmm.. kawan yang baru kawin 2 bulan lepas tu pun dah ngandung jugak.. abg ni belum ada lagi
kelu.. langsung tak terkata.. dulu masa zaman chinta.. kalu aku ada masalah di bahumu lah aku menumpang.. dulu kala aku sedang berduka kau la yang hapuskan airmata.. tapi kini aku langsung tak tergamak menutur kata betapa aku juga ingin seperti yang lainnya..
Isnin, 11 April 2011
Jumaat, 8 April 2011
surprise!!!!
sebelum pulang kirja ari ni nak bukak blog aku yang dah cantik ni.. hehe.. tapi surprisenya... ada follower... thank HIKARI from ratuhati sebab sudi jengah blog yang tak seberapa ni.. rasa nak nangis...
nanti kita sama2 discuss yer macam mana nak jadikan impian kita satu kenyataan..
nanti kita sama2 discuss yer macam mana nak jadikan impian kita satu kenyataan..
Bersediakah Aku??
.: Persediaan Sebelum mengandung :.
Bagaimana proses kehamilan berlaku?
Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.
kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.
setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).
Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.
Merancang untuk mengandung?
Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.
Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).
Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.
Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.
Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.
dipetik dari: mengandung.com
kejayaan 1st
yahoo.. berkat kesabaran aku... taraaaa inilah hasilnya.. blog yang aku idamkan telah aku make up sikit demi sikit.. ok la tu at least ada gak rupe macam blog orang lain.. takder la malu benor aku nak nunjuk blok aku ni kat orang.
takder cikgu pun tau aku make up blog ni.. pepandai sndiri aje aku buat.. godek2.. klik2 sana sini.. fuhhh aku puas ati.. memang superb.. syabas bete kat diri aku sendiri..sebagai hadiahnya nasik ayam sebungkus + air soya campur + popia 2 untuk santapan makan tengah hari ku..
sangat sangat gembira... mia sara pun minat kat blog ni..
takder cikgu pun tau aku make up blog ni.. pepandai sndiri aje aku buat.. godek2.. klik2 sana sini.. fuhhh aku puas ati.. memang superb.. syabas bete kat diri aku sendiri..sebagai hadiahnya nasik ayam sebungkus + air soya campur + popia 2 untuk santapan makan tengah hari ku..
sangat sangat gembira... mia sara pun minat kat blog ni..
Rabu, 6 April 2011
Pening Lalat
ari ni bangun je dari tido aku dah rasa pening lalat... heheeh.. apa tu pening lalat ye?? pening yang tak seberapa nak rasa pening sangat tapi kalu dia datang rasa Ya Allah saja yang tahu macam mana..
ari ni pun makan tak berapa nak selera sangat.. memang pening dan pusing2 rasa kepala nih
Isnin, 4 April 2011
APRIL 2011
minggu ke 2 bulan April... ISNIN... sangat mengantukk... mungkin 2 hari weekend asyik tergolek ajer tido.
Isnin, 7 Mac 2011
blog dah berabuk
sangat lama tak update blog ni.. macam2 cerita ada. tapi ntah kat mana nak mula.
suka gak aku merayau kat Blog orang lain... cantik2 belaka. tapi aku tak tahu macam mana nak buat. puas dah godek2 tapi tak reti2 gak. mungkin itu faktornya yang buat aku malas dan takder hati nak hapdet blog ni sangat.. hehehe... alasan jer tu. yang benarnya memang aku ni yang pemalas nak nulis. takder mood langsung..
suka gak aku merayau kat Blog orang lain... cantik2 belaka. tapi aku tak tahu macam mana nak buat. puas dah godek2 tapi tak reti2 gak. mungkin itu faktornya yang buat aku malas dan takder hati nak hapdet blog ni sangat.. hehehe... alasan jer tu. yang benarnya memang aku ni yang pemalas nak nulis. takder mood langsung..
Langgan:
Catatan (Atom)