Khamis, 6 September 2012

kepala anakku terhantuk di pintu


sadisnya check up 4 bulan anakku ari ni.. dah la masa menunggu lama.. checknya sekejap jer.. cuma timbang dan amik ukuran tinggi.. pastu siap..
yang sedihnya bila nak kuar pintu... satu tanganku dukung anak satu lagi bukak pintu... tgn ni tak kuat kut.. terhantuk kepala anakku.. bengkak dan merahhh.. rasa macam nak pukul jer diri sndiri!! kenapa lah jadi macam ni.. maafkan mama anakku.. mesti sakit sgt tu.. siku mama pun sakit terkena pintu tu
respon papa? marah dalam lembut.. kata2 yang begitu menusuk jiwa.. mana mungkin mama teruskan langkah kalau mama tahu nak jadi macam tu.. naluri seorang ibu tiada siapa yang tahu

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

Selamat hari raya pada kawan-kawan alam maya...semoga hari raya kalian meriah dan mengembirakan..
tahun ni raya saya sangat bermakna. sedih dalam gembira. sedih sebab tak dapat balik kg nak raya. my hubby kena kerja la... yang GEMBIRAnya... saya ada si kenit ni untuk beraya bersama. pada usia 33 tahun ni.. pada ulangtahun ketiga perkahwinan kami.. kami dapat raya bertiga. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. diatas nikmatMU yang tak ternilai ini

Khamis, 2 Ogos 2012

selamat semuanya.

salam ramadhan...
wah lama sungguh tak update blog ni.. rasanya ada buat entry last month tapi nape takde publish yer,,, tak paham..
saya dah selamat bersalin. selamat berpantang dan dah selamat bekerja dah..
ari ni pegu cucuk anak 3 bulan..

Jumaat, 29 Jun 2012

rindunya blog ni dan cerita kawan2

lama sungguh tak jenguk blog ni..
semuanya dah selamat.. selamat brsalin dan dah selamat berpantang..
banyak cerita suka duka tapi keadaan tak mengizinkan nak bercerita panjang.. tunggulah ada masa yang sesuai nanti
harapan mummy semoga anak mummy sentiasa berada dalam limpahan rahmatnya.. mummy dapat baby boy..bahagia sungguh rasanya.. harapnya daddy pun begitu

Khamis, 26 April 2012

38 minggu

hari genap 38 minggu... bermakna ada lagi 14 hari untuk EDD. tapi macam2 duka bila berada di hujung trimester ni..
bermula minggu ni, rutin harian adalah kena pegi check BP. kena pantau sebab BP naik tinggi. Ya Allah apa lah dugaan nih.. rasa macam tak sanggup je nak harung.. tapi demi zuriat.. redha aje lah

Rabu, 11 April 2012

lagi sebulan

lagi sebulan mummy nak jumpa baby.. sangat teruja.. belum pikir lagi bab2 takut nak bersalin nih.. tgh dalam mood tak sabar sangat nak jumpa baby... rasa macam baru semalam menangis sebab tgk double line.. tup2 minggu ni genap 30 hari lagi nak bersalin.

Daddy pun teruja jugak.. tiap2 hari cakap ngan baby bila nak jumpa? asyik tgk beg merah baby yang mummy dah siapkan untuk ke hospital nanti..

harapan kami semoga Allah permudahkan segala urusan bersalin nanti.. maklum.. saya sendiri sahaja takde emak yang akan menemani cuma mampu berharap dapat menumpang kasih mak mertua bila berpantang nanti..

Selasa, 3 April 2012

BSP lagi

ari ni mummy pegi buat BSP lagi.. punya la semangat bangun awal sebab nak exercise sikit mana la tahu kot2 bacaan BSP dapat cantikkan... subuh sepie dah cuci baju. gosok baju, kemas rumah semuanya gara2 nak bagi badan panas sikit sebelum gi klinik... 

kul 8.30 cucuk untuk bacaan pertama.. 5.9.. aduhai... frust sungguh rasanya! pas cucuk balik umah. tak duk diam buat lagi kerja2 kemas umah sebab taknak bagi tertido.. kul 11.20 sedia nak cucuk diri ni untuk bacaan kedua.. bila bukak kit BSP tu baru terperasan kapas alcohol tu takde! ish.. macam mana klinik ni buat kerja! menyusahkan orang betul la.. tapi apa nak buat kena gagah kan diri jugak la cucuk jari ni.. mak ai sakitnya.. tak leh jadi kena pi serang klinik ni. dah la bacaan BSP ni tak elok.. 5.4 aduhai... teruk la macam ni.. petang kang ntah apa lak yang jadi..


# ni semua mesti penangan gi holiday kat GoldCoast weekend lepas...