Khamis, 19 Januari 2012

doa bersalin

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.
"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.
Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".

:. P/s .:
moga ianya berguna dan menjadi amalan serta dpt membantu ibu2 yg bakal melahirkan. alhamdulillah inilah amalanku sepanjang tempoh mengandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan