Rabu, 29 Februari 2012

wordless wednesday

SUBHANALLAH...
sangat suka dengan pic ni.. korang nampak tak baby kat situ


dapat pic ni masa blogwalking kat blog inaachik


Selasa, 28 Februari 2012

MGTT lagi.. kena cucuk yang menyakitkan

ari ni pegi repeat MGTT lagi gara2 result tak leh kuar minggu lepas sebab MESIN MAKMAL ROSAK. pagi2 bangun rasa sangat lapar.. masa mandi siap muntah kuning lagi.. uwekk sakitnya dah lama tak kena muntah kuning macam ni..

minum air gula ari ni sangat mencabar.. dengan baby yang duk nendang2.. perut rasa tak selesa. kena cucuk pulak kat lengan. sangat SAKIT. ntah macam mana depa buat kerja.. rasa nak sumpah seranah jer.. perut makin lapar..

siap semua dalam kul 10.30 a.m. terus ajak daddy makan kat medan selera. kononnya nak ubah selera nak makan sedap dan minum air buah... hampeh betol rasa makanannya air buah pulak tak dapat serve lagi...benci.. benci.. serba tak kena ari ni

Rabu, 22 Februari 2012

Result MGTT yang mendukacitakan @ Scan

ari ni rabu kan. dalam bahasa omputih wednesday. ramai yang buat wordless wednwsday. tapi saya tak mau!! saya nak cerita jugak. kisah saya gi klinik untuk check up ari ni.

seawal 7.30 pagi dah terpacak depan klinik.. eh sonyap sunyi je.. mana mak2 buyung ni. telek kat pintu tertera PINTU ROSAK. Sila ke pintu sebelah. pi la sebelah eh berantai la pulak.. ooo awai sangat kot saya mai. memang selalu tu kul 8 baru klinik kasi amik no. pastu tertgk la SN terus tolak je pintu yang rosak tu dan masuk.. apalagi follow.. loh rupanya dah ada mummy yang duk dalam dah nunggu.  saya dapat no 5.

sementelah klinik ni manual.. no semuanya huru hara..dekat kul 9 baru no saya kena panggil. gi bilik SN. bila dah masuk je dia bagi tahu result MGTT saya tak dapat. mesin rosak. kena repeat lagi.. wah hangin satu badan dibuatnya! nak minum air gula satu hal nak kena CUCUK tu yang ngeri ngat. apalagi membebel2 la saya kat dalam bilik SN tu. macam yg saya duga BP naik tinggi mencanak. maklum la stress.. saya suruh dia ulang amik BP. sama jugak tinggi.. ulang lagi.. tinggi jugak.. last baring check perut dulu la.. katanya kepala baby kat baah lagi ada masa nak berpusing2.. ntah apa. pastu check BP lagi nasib baik ok. saya dah siap kata kat SN tu kalu saya stress mmg la gitu..

saya demand nak jumpa Dr. nak scan. memula tu SN tak kasi pastu dia kata ok la boleh pegi sebab result MGTT xde. sebelum pegi tu ada kejutan lagi.. sila serah diri untuk cucuk kancing gigi katanya... aduhai... nasib la badan.. siap semua masuk g jumpa Dr pulak.

Bila scan cakap kat Dr tu tlg tgk jantina baby.. golek punya golek tak nampak sebab baby tido dan duk telungkup.. tak mau dia tunjuk... alahai anak mummy... tapi semuanya ok.. tumbesaran baby sama usia ngan minggunya.. uri dah naik ke atas.air ketuban pun sesuai.. nasib baik khabar gembira kan kalu idok tak tahu la saya stress macam mana pulak.. berat baby dan 1.3kg... seronoknya.. baby membesar ngan jayanya kat dalam tu.. padahal perut mummy kecik je.. harap baby ada ruang yang selesa kat dalam tu..

yang paling lawak tu.. daddy pulak yang stress kat luar bila mummy cakap still tak nak tunjuk jantinanya...

pic google..
 # perutku tidak la secomel ini... puas membebel kena la letak gambor jugak

Isnin, 20 Februari 2012

80 hari lagi

berdebar-debar jantung nih... tengok la kat sticker tu lagi 80 hari jer.. dulu semangat menghitung hari.. la ni dah rasa nebes bila countdown 2 angka je...

Ya Allah, kuatkan semangatku.. peliharalah kandunganku dan kesihatanku sebaik yang mungkin..



# dalam nebes ada rasa tak sabar nak peluk anak sdr

minum air gula rebina @ MGTT

ari ni seawal pagi dah terpacak kat KKIA. sebab nak minum air gula. rasa seriau jugak mulanya..maklum lah macam2 cerita saya baca dan dengar pengalaman kawan2 gi minum air gula ni. apa yang paling menakutkan sebenarnya nak kena CUCUK.. heheh memang takut. bisa berpeluh dibuatnya. minum air gula tu memang boleh hadap je.

kul 8.30 baru tiba giliran minum air gula. mula2 tu SN cucuk dulu pastu bagi air gula. adalah dalam setengah bekas besar cup yang selalu kita beli ai kat pasar malam tu. semua kaler ungu. maknanya perasa anggur @ ribena la tu. dalam hati ni hooray2 jugak. sebab dgr cerita kalu minum yang ada perisa takde la teruk sangat rasanya. 3 kali teguk settle. syukur saya dapat minum dengan jayanya..lepas tu boleh minum air kosong tapi sikit je ye.

pastu kena tunggu pulak lagi dua jam. kul 10.30 nama kena panggil. masuk dalam SN terus bagi sedas lagi suntikan. makanya lengan ni ada 2 kesan suntikan. siap semua terus balik opis. ingat nak makan dulu ngan hubby kat cafe tapi parking sangat sesak. so hubby balik terus la..

Result? berdebarkan.. tak dapat hari yang ni. Lusa nak kena gi check up kat klinik lagi. baru dapat resultnya.. harap2 ok la result tu.. doakan yer..

Isnin, 13 Februari 2012

Alhamdulillah.. Syukur padamu Ya Allah

Alhamdulillah. Syukur padaMu.. hari ni meningkat lagi usiaku. Terima kasih ya Allah kerana diberi kesempatan bernafas lagi di dunia ini. Terima ksih ya Allah diberi kesempatan merasai moment2 indah bergelar wanita hamil.. Terima kasih ya Allah.. mudah2an semuanya selamat sehingga saat melahirkan cahayamata kami..

Pada suamiku.. terima kasih hadiah in advance tu.. mummy suka.

Jumaat, 10 Februari 2012

Doa

Doa untuk anak mummy

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Khamis, 9 Februari 2012

mummy dan daddy panik

semalam dah masuk lambat sebab gi chek up. ari ni pun lambat lagi. kete buat hal. tak leh nak start. aduhai panik la mummy n daddy.. nak naik bus pun tentu tak sempat jugak..

dekat 10 minit daddy godek2 kat bateri kete pastu start huh nasib baik hidup. kalu tak alamatnya mummy naik semula umah coti2 malaysia lagi... heheheh alasan kan tak dapat gi kerja padahal malas nak jalan kaki ke bus stop.. bila perut dah memboyot sikit ni kalu buleh nak daddy ari2 ambik kat lobi. memang malas sangat nak menapak..

alang2 dah lambat kami terus gi TH simpan duit syiling yang melambak kat umah tu.. bukak akaun untuk daddy jugak.. mana la tahu murah rezeki kami dapat gi ke Tanah Suci pulak.. nanti bila si kecit ni dah lahir nak bukak buku dia pulak.. heheh tak sabarnya nak tunggu cahayamata ni

Rabu, 8 Februari 2012

check up akhir 2rd trimester

hari pegi check up monthly.. sangat gembira sebab sangat baik semua result check up ari ni.. seawal 7.30 dh pegi klinik tapi kul 11.15 baru siap. huh lama sungguh.. nasib baik tak naik darah tinggi saya ari ni.. dalam waktu menunggu giliran tak henti berzikir... takut sangat kalu BP naik tinggi. maklum nak penantian itu satu penyiksaan.. macam chek up lepas kali ni saya tak payah jumpa doktor. kata Nurse tu semua nya normal dan baik sahaja so tak payah jumpa Dr. saya ada juga request sebab nak scan baby.. perut saya tak besar mana cuma melebar sahaja.. tapi katanya tak perlu.. normal saja ikut kondisi masing2.. ermmm keciwa mummy.. daddy yang gelisah menunggu kat luar lagi hampa sebab tak dapat tgk gender baby.

ingatkan ari ni kena cucuk kancing gigi.. rupanya takde pun. muskil betul la klinik ni. tapi depa bagi appoiment lain. 

20.2.2012 datang untuk check perut/scan
22.2.2012 MGTT

baby minggu ke 26