Isnin, 20 Februari 2012

minum air gula rebina @ MGTT

ari ni seawal pagi dah terpacak kat KKIA. sebab nak minum air gula. rasa seriau jugak mulanya..maklum lah macam2 cerita saya baca dan dengar pengalaman kawan2 gi minum air gula ni. apa yang paling menakutkan sebenarnya nak kena CUCUK.. heheh memang takut. bisa berpeluh dibuatnya. minum air gula tu memang boleh hadap je.

kul 8.30 baru tiba giliran minum air gula. mula2 tu SN cucuk dulu pastu bagi air gula. adalah dalam setengah bekas besar cup yang selalu kita beli ai kat pasar malam tu. semua kaler ungu. maknanya perasa anggur @ ribena la tu. dalam hati ni hooray2 jugak. sebab dgr cerita kalu minum yang ada perisa takde la teruk sangat rasanya. 3 kali teguk settle. syukur saya dapat minum dengan jayanya..lepas tu boleh minum air kosong tapi sikit je ye.

pastu kena tunggu pulak lagi dua jam. kul 10.30 nama kena panggil. masuk dalam SN terus bagi sedas lagi suntikan. makanya lengan ni ada 2 kesan suntikan. siap semua terus balik opis. ingat nak makan dulu ngan hubby kat cafe tapi parking sangat sesak. so hubby balik terus la..

Result? berdebarkan.. tak dapat hari yang ni. Lusa nak kena gi check up kat klinik lagi. baru dapat resultnya.. harap2 ok la result tu.. doakan yer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan