Rabu, 22 Februari 2012

Result MGTT yang mendukacitakan @ Scan

ari ni rabu kan. dalam bahasa omputih wednesday. ramai yang buat wordless wednwsday. tapi saya tak mau!! saya nak cerita jugak. kisah saya gi klinik untuk check up ari ni.

seawal 7.30 pagi dah terpacak depan klinik.. eh sonyap sunyi je.. mana mak2 buyung ni. telek kat pintu tertera PINTU ROSAK. Sila ke pintu sebelah. pi la sebelah eh berantai la pulak.. ooo awai sangat kot saya mai. memang selalu tu kul 8 baru klinik kasi amik no. pastu tertgk la SN terus tolak je pintu yang rosak tu dan masuk.. apalagi follow.. loh rupanya dah ada mummy yang duk dalam dah nunggu.  saya dapat no 5.

sementelah klinik ni manual.. no semuanya huru hara..dekat kul 9 baru no saya kena panggil. gi bilik SN. bila dah masuk je dia bagi tahu result MGTT saya tak dapat. mesin rosak. kena repeat lagi.. wah hangin satu badan dibuatnya! nak minum air gula satu hal nak kena CUCUK tu yang ngeri ngat. apalagi membebel2 la saya kat dalam bilik SN tu. macam yg saya duga BP naik tinggi mencanak. maklum la stress.. saya suruh dia ulang amik BP. sama jugak tinggi.. ulang lagi.. tinggi jugak.. last baring check perut dulu la.. katanya kepala baby kat baah lagi ada masa nak berpusing2.. ntah apa. pastu check BP lagi nasib baik ok. saya dah siap kata kat SN tu kalu saya stress mmg la gitu..

saya demand nak jumpa Dr. nak scan. memula tu SN tak kasi pastu dia kata ok la boleh pegi sebab result MGTT xde. sebelum pegi tu ada kejutan lagi.. sila serah diri untuk cucuk kancing gigi katanya... aduhai... nasib la badan.. siap semua masuk g jumpa Dr pulak.

Bila scan cakap kat Dr tu tlg tgk jantina baby.. golek punya golek tak nampak sebab baby tido dan duk telungkup.. tak mau dia tunjuk... alahai anak mummy... tapi semuanya ok.. tumbesaran baby sama usia ngan minggunya.. uri dah naik ke atas.air ketuban pun sesuai.. nasib baik khabar gembira kan kalu idok tak tahu la saya stress macam mana pulak.. berat baby dan 1.3kg... seronoknya.. baby membesar ngan jayanya kat dalam tu.. padahal perut mummy kecik je.. harap baby ada ruang yang selesa kat dalam tu..

yang paling lawak tu.. daddy pulak yang stress kat luar bila mummy cakap still tak nak tunjuk jantinanya...

pic google..
 # perutku tidak la secomel ini... puas membebel kena la letak gambor jugak

1 ulasan:

  1. hehe..bab minum air gula, mmg stress..
    tambah klu bkn masalah tu dtg dr kita..
    sabar je la yer..=)

    BalasPadam