hati ni semakin lama semakin hitam.. hati ini tidak lagi lembut..hati ini tak lagi mudah bertolak ansur.. KENAPA?? aku asyik merasakan diri ni sentiasa ditindas.. asyik dibuli.. asyik disuruh menyudahkan kerja2 orang lain.. mereka memang gemar ambil kesempatan!!!
tapi
bukan itu aja.. aku ni macam2 lagi yang sokmo tak kena.. patut muhasabah diri ni.. yang hal remeh pun nak amik port.. itu pasal la selalu STRESS SENDIRI.. hal kecik pasal makanan tak best kat cafe pun nak ngeluh sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Mengeluh pasal opis ni sejuk sangat.. sedangkan ramai lagi yang kepanasan. bila panas pun mengeluh jugak.... sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Mengeluh.. mengeluh.. mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18).
Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya.
Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
aku insaf sekejap
betul
aku insaf dan bersyukur dengan nikmatNYa
* hari jumaat yang barakah ni, bila mana aku didik hati supaya redha dengan semua yang terjadi... Allah bagi aku berita GEMBIRA... Allahdulillah.. syukur kepadamu ya ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan