Isnin, 13 Jun 2011

bagaimana menahan sebak dan kesedihan melawat kawan yang baru melahirkan

hari minggu yang panjang... start dari awal cuti sekolah tak abis2 dapat undangan ke majlis perkahwinan.. wajib hadir kalu takder apa keuzuran.. makanya kami suami isteri dengan gigihnya hadir ke majlis kawan2 yang berdekatan..
weekend yang lepas pegi wedding kawan en. suami.. 4 bijik kete kami konvoi.. kami pergi punya la kecoh tapi kesian layanan yang diterima tak seberapa.. maka nya ada lah bunyi2 yang tak enak kedengaran... saya layan je la...
sabtu sebelum tu jenuh satu mall pegi carik hadiah untuk member suami yang dapat baby baru... syukur selepas 2 tahun menunggu akhirnya Allah perkenankan.. dapat la gift yang pada saya sangat2 cantik (heheh puji diri sendiri la pulak) sampai saya cakap kat suami.. andai kata tak sampai kat umah baby tu saya nak simpan untuk diri sendiri!!! terkulat2 sang suami... ampun suami.. isterimu ini dilanda angin kus2.. suami janji untuk anak sendiri lagi mahal dia akan belikan.. lagi branded.. ermmm termakan dengan pujukan suami..
berbalik semula pada cerita nak pegi umah baby tu.. pada awalnya kami plan lepas gi wedding terus gi umah baby pulak.. cuma 2 bijik kete yang nak gi.. tapi last2 semua follow.. alamak macam mana aku nak buat muka ni bila ada kat umah baby... yang gi tu pulak semua dah berkeluarga.. beranak pinak cuma seorang yang bujang tu pun dah nak tunang.. terpaksa juga la saya redah..
SEDIH? memang la saper yang tak terasa bila kata2 gurauan mereka yang tak mengerti.. tapi nasib baik ada anak member suami tu boleh jugak la main2 dengan dia.. bila gi tgk baby tu ada kakak sorang tu suruh saya pegang dan pangku baby supaya dapat berkat.. alamak... ni yang payah ni.. mana reti.. susah wei.. lembik longlai lagi baby tu baru dua minggu... akak tu amik dan letak kat saya.. seronoknya.. bahagia kejap.. baby comei putih bersih.. SABAR la hati.. anak orang tu.. suami saya siap berlari ke dalam nak tgk bininya ni pegang baby.. naifkan kami... tapi syukur jugak sebab takde la kata2 nista yang keterlaluan.. kalu tak macam mana la saya nak tahan perasaan ni..
Anehnya perkara macam ni tak terjadi bila saya pegi melawat opismate sendiri bersalin.. perasaan sukar nak digambar.. rasa sangat rendah diri, malu, sakit hati dengan kata2 mereka, gurauan yang kadang kala lsg tak jaga maruah orang. saya akan duduk jauh jer kalu tgk kawan sendiri..
so kawan2 TTC, harap2 korang tak macam saya yang tak tabah bila berhadapan dengan situasi begini..

3 ulasan:

  1. Tak tau nak komen ape...
    tapi...situasi begitu memang sangat sensitif...
    sob sob...

    BalasPadam
  2. emm..perasaan tu rasanya ade kat semua org yg TTC..mmg rasa rendah diri sangat...

    tapi bg saya..saya paling tak xsuka bila org cakap pegang baby amik berkat..ntah..xsuka la

    yummy mummy
    http://soontobeamummy.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. eima.. itu la sokmo kata2 yang depa cakap... amok berkat..
    anie.. hanya kita yang merasai..

    BalasPadam