24 julai.. tarikh keramat kami disatukan dengan ijab dan kabul.. Alhamdulillah.. syukur kepadaMu ya Allah kerana kasih kami semakin mekar bersemi..
semoga perkahwinan kami semakin berseri dengan kehadiran cahayamata suatu hari nanti... amin
* xde surprise sebab sang isteri dilanda demam teruk setelah abis berkursus.. tapi postpone ke ari ini... hehehe... langkawi.. kami datang..
Isnin, 25 Julai 2011
Jumaat, 15 Julai 2011
doa wanita hamil
sewaktu saya tahu dia dah peknen.. saya kelu.. tak terkata.. tapi dia berusaha menyusun ayat untuk memberitahu saya... mungkin supaya saya tak terluka dan terasa..tahniah sahabat.. rezeki awak awal.. bunting pelamin orang kata
selepas itu saya kurangkan perhubungan dengan dia! teruknya saya. saya tewas dek perasaan sendiri.. mungkin dia perasaan.. lalu perbualan kami lebih kepada gosip2 harian.. kejamkan saya! maafkan saya sahabat.. saya tak berniat untuk tidak berkongsi saat bahagia awak.. sungguh.. dari kejauhan ini terselit ingatan untuk dia. terbayang bagaimana comelnya dia pakai dress mengandung.. teringin sentuh perut dia.. tapi saya tak mampu nak sorok rasa kecewa ini..
mana mungkin saya tak terasa.. kisah persahabatan saya dan dia satu bangunan opis ni tahu.. dimana ada dia disitu ada saya.. dimana ada saya di situlah dia..semuanya bersama.. kami macam bayang2.. tak boleh dipisahkan.. awal tahun 2009 dia meninggalkan saya di sini.. berpindah ke utara kampung halaman dia atas arahan keluarga.. saya meraung.. menangis tak sanggup nak berpisah dengan dia.. dia kawan. dia lawan, dia sahabat susah senang saya selama hampir 7 tahun disini.. tinggallah saya seorang.. takder kawan yang sebaik dia.. penghujung tahun 2009 saya berkahwin.. tapi dia masih mencari2 rusuk kirinya.. pada dia saya doakan semoga berjumpa jodohnya..
penghujung tahun 2010 dia akhirnya berkahwin.. alhamdulillah sahabat.. kita sama2 dapat melayari bahtera rumahtangga.. syukur kepadaNya.. bulan Mac yang lepas dia khabarkan bahawa dia hamil.. Ya Allah.. saya menangis lagi.. lebih kuat dari masa saya kehilangan dia.. berita gembira untuk dia tapi khabar duka untuk saya..
selepas itu hubungan kami semakin renggang.. tiada lagi sms atau panggilan.. tiada lagi gosip2 dan gelak ketawa kami.. semuanya angkara saya!! saya tak sanggup nak mendengar bicaranya pasal kandungan dia.. saya tak kuat..hanya dia yang ada bertanya khabar saya..
seminggu ini saya asyik teringatkannya.. sihatkah dia di utara sana.. alahankah dia.. tapi masih tak hubungi dia. mungkin aura persahabatan kami masih utuh.. hampir tgh hari tadi dia menelefon saya.. kami bergosip2 macam biasa.. dan saya bertanya khabar kandungannya..dia bercerita dengan gembira.. dan kami ketawa bersama2 macam dahulu kala.. saya perasan betapa riangnya hati dia.. percakapannya pun tidak tersangkut seperti menyusun kata agar saya tak terasa.
akhir perbualan dia berkata dia dan suami tak putus mendoakan semoga saya juga dapat hamil dan ada zuriat macam dia.. rezeki saya akan tiba..tahun depan boleh pegi holiday bersama bawak anak masing2 seperti yang selalu kami angankan masa bujang dulu..terima kasih sahabat.. jangan lah putus berdoa untuk saya.. mudah2ah doa wanita hamil diperkenankan Allah..
gambar dari gugel
* harap takder siapa yang perasan titisan airmata ini
Rabu, 13 Julai 2011
penat
hari2 balik lambat dari kerja sangat memenatkan... aduhai.. moga2 cepat la siap kerja ni.. bulan pose dah nak menjelang tiba.. harapnya dapat la berpuasa dengan aman tenteram.. hehehe..
Selasa, 12 Julai 2011
jamu
kena paste kat sini dulu.. sebab sangat menarik info ni.. tapi tak tahu la.. tak pernah pulak terpikir nak makan benda macam ni.
Khasiat-khasiat pil ini:-
- merawat keputihan dan lendiran yg banyak, menyempitkan rahim, merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin, mengecutkan peranakan, menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita, melancarkan peredaran haid, melawaskan pembuagan air kecil dan air besar, mengembalikan awet muda, sengugut, menambahkan tenaga batin, memulihkan urat saraf, merawat payu dara, sakit lutut, kebas kaki tangan, senak kembung, angin medu, lenguh sendi, kesuburan( membantu /berikhtiar untuk mendapat zuriat)
Cara-cara penggunaan ( 3 dalam 1)
makan 2 biji ~ untuk mengatasi masalah dalaman sprt penyakit keputihan,senggugut,lendiran,bau,period x stabil,mantapkan payudara & punggung,kesuburan(utk mendapat zuriat),dalam pantang,keguguran.
insert 1 biji ~ ketika hendak bersama (hanya utk yg sudah berkahwin) dan tunggu sehinggan 3-4 jam untuk mengecutkan pintu rahim.
cuci 6-8 biji ~ jika ada mengalami kegatalan di tempat sulit,rendam 6 - 8 biji pil dengan air suam panas dan kacau sehinggan jancur.Bilas di tempat sulit.
* teruja tgk sebab untuk kesuburan..
Khasiat-khasiat pil ini:-
- merawat keputihan dan lendiran yg banyak, menyempitkan rahim, merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin, mengecutkan peranakan, menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita, melancarkan peredaran haid, melawaskan pembuagan air kecil dan air besar, mengembalikan awet muda, sengugut, menambahkan tenaga batin, memulihkan urat saraf, merawat payu dara, sakit lutut, kebas kaki tangan, senak kembung, angin medu, lenguh sendi, kesuburan( membantu /berikhtiar untuk mendapat zuriat)
Cara-cara penggunaan ( 3 dalam 1)
makan 2 biji ~ untuk mengatasi masalah dalaman sprt penyakit keputihan,senggugut,lendiran,bau,period x stabil,mantapkan payudara & punggung,kesuburan(utk mendapat zuriat),dalam pantang,keguguran.
insert 1 biji ~ ketika hendak bersama (hanya utk yg sudah berkahwin) dan tunggu sehinggan 3-4 jam untuk mengecutkan pintu rahim.
cuci 6-8 biji ~ jika ada mengalami kegatalan di tempat sulit,rendam 6 - 8 biji pil dengan air suam panas dan kacau sehinggan jancur.Bilas di tempat sulit.
* teruja tgk sebab untuk kesuburan..
Isnin, 11 Julai 2011
susu kambing
semalam.. hari ahad saya ngan suami melawat floria putrajaya.. dalam 2 ke 3 jam round2 pastu blah la.. nak gi shopping pulak.. makanya kopak jugak la beRat..2... alahai... ntah apa2 yag kami beli.. takpe lah jajji kami happy berdua..
al kisah sebelum tu.. dah 2 malam saya minum susu kambing + madu + kurma.. instant punya brand yusmira.. dah lama susu tu diamnya dalam kabinet. ari tu masa gi kelantan ada melawat kilang herbs.. ternampak susu ni dalam kotak. rempit la sekotak. memula nak suruh suami je minum.. tapi katanya tak lalu... alahai... takkan nak membazir pulakkan.. baik saya pulak try minum... uikksss takleh tahan.. memang tak suka lgsg susu tepung ni.. tapi demi zuriat punya pasal telan la jugak.. heheh 2 malam je minum... pastu skip skejap.. kenapa? takder apa.. dilanda boring sebab kena buat air susu tu memalam dan minum sensorang...
kawan2 yang minum susu kambing tu ok tak??
Jumaat, 8 Julai 2011
si kecil itu
pagi tadi kelam kabut nak gi kerja.. bukannya apa rasa malas sangat nak bangun... pas daah bersiap ala kartun en. suami pulak yang takleh nak bukak mata.. adusss..tercegat kat luar grill nunggu orang lelaki bersiap..
Terserempak ngan jiran depan umah.. dengan anak kecilnya.. so kiut.. saya lambai2.. tak sangka si kecil tu nak ikut pulak.. maka beriringan lah kami 3 beranak.. hehhe anak orang tu.. mak pak nya sporting sungguuh walau pun jarang bersua muka.. amalan biasa orang bandar kan..
best sangat moment macam tu... bertiga ngan anak.. hilang rasa kelam kabut.. si kecil berpimpin tangan dgn saya sampai ke lift pada hal maknya nak anta gi umah pengasuhnya.. hhehehe.. ada ciri2 mak2 orang dah ni.. gaya dah cun tu..en suami pun sengih jer pandang si kecil tu..
bila la agaknya nak pimpin tangan anak sdr..
Rabu, 6 Julai 2011
rekod
kena buat rekod untuk tarikh peot mai tahun ni.. untuk rujukan di masa akan datang
januari 13.1.2011 - 19.1.2011
februari 14.2.2011 - 20.2.2011
mac 5.3.2011 - 7.3.2011
april tiada
mei 28.5.2011-3.6.2011 (darah sikit2)
jun 29.6.2011 - 6.7.2011 (darah sikit2)
nampak gayanya peot ni dah semakin ok walaupun tak elok lagi..
januari 13.1.2011 - 19.1.2011
februari 14.2.2011 - 20.2.2011
mac 5.3.2011 - 7.3.2011
april tiada
mei 28.5.2011-3.6.2011 (darah sikit2)
jun 29.6.2011 - 6.7.2011 (darah sikit2)
nampak gayanya peot ni dah semakin ok walaupun tak elok lagi..
Selasa, 5 Julai 2011
sunyi dan sepi
banyak benda nak update sebenarnya.. tapi sebab banyak sangat kerja semuanya tak jadi apa..
sejak kebelakangan ni entah apa yang merasuk jiwa ni.. semuanya terasa kosong.. apabila suami bekerja tatkala kita bercuti dan semestinya perasaan sepi tu datang bertandang.. itu normal.. tapi kalau kami berdua ada di rumah mengabiskan masa cuti hujung minggu pun masih terasa kekosongan??? itu yang payahnya.. tergolek terlentang menonton TV.. tapi hati entah di mana.. bukan tak cuba untuk menghiburkan hati sendiri.. macam2 caradah buat tapi cuma bertahan sekejap... kemudian jadi boring semula.. pada suami ada saya tanyakan.. terasa kah apa yang saya rasa? kesunyian yang melanda diri ini turut sama dirasai oleh yang suami? katanya usah dipikirkan sangat.. belajarlah mengatasinya.. di rumah ini hanya kita berdua sahaja.. tiada yang lain...
sehari dua ini sangat meruntun perasaan ni... terasa2 alangkah indah moment kelam kabut balik kerja nak amik anak.. malam ari bila sang suami kerja ada si anak kecil menemani.. ( tapi anak tu tido aje la.. jangan teriak2 melalak pulak).. sampaikan terbawa dalam mimpi.. pada siapa harus ku luahkan perasaan ini.. tidak mungkin pada suamiku.. jiran tetangga? sahabat handai? keluarga ku? mana mungkin pada mereka nak ku ceritakan.. mereke tidak mengerti payahnya nak menghadirkan seorang zuriat sdr..suami ku pula skrg ni mungkin dalam tekanan.. kawan baiknya baru khabarkan berita yag dia akan menjadi ayah lagi... nak masuk tiga.. kesian suamiku.. ditemplak di tempat kerja kerana isterinya ini masih belum berisi!!! pasti pedih.. saya pernah laluinya.. sekadar luahan pada ku tapi sebenarnya suamiku kecewa hingga makan dalam! esoknya suami sakit sangat kepala hingga terpaksa makan ubat tahan sakit.. mungkin terlalu memikir hal tersebut dan malu nak berdepan dengan hakikat sebenarnya..
Jumaat, 1 Julai 2011
period
hari semalam saya balik awal.. sharp time balik terus cabut tak tunggu seminit pun... hehehe.. dah lama tan merehatkan diri.. tapi bukannya dapat berehat.. en suami ajak gi shopping kat Nilai 3 pulak.. heheheh.. shopping kan sape yang taknak.. tambah lagi nak dekat raya ni.. sempat jugak la cekau karpet baldu yang menjadi idaman dari dulu tu.. pokok2 bunga siap gubah free kat situ pun sempat gak buat.. buluh2 dan kayu ranting pun angkut.. balik umah terus deko ala eric... hehehhe...
tapi korang tahu tak? sebenarnya masa tengah jenjalan kat nilai tu.. saya dah rasa macam nak kencing sangat.. bila jumpa toilet terus la berlari menunaikan hajatnya.. tapi tetiba eh... berdarah ke? alamak peot mai awai la pulak padahal saya macam terasa simptom2 kat perut ni... dah gi beli UPT tau.. tapi standard la tanpa pengetahuan en. suami.. taknak dia sedih bila tahu saya ni kepingin sangat nak anak.. walau pun kadang kala mungkin sikap saya ni macam tak berapa gemarkan kanak2..
maknanya saya peot 2 kali ke bulan ni... awal bulan dulu dah kena walaupun sikit2 jer.. ni akhir bulan dtg lagi.. konpius la.. atau ini lah permulaannya peot ku dah nak semakin teratur... alhamdulillah la.. semoga penantian kami untuk ada zuriat sendiri akan termakbul. doakan saya ye kawan2...
# teringin nak gi berurut bila peot ni
Langgan:
Catatan (Atom)