Jumaat, 15 Julai 2011

doa wanita hamil

sewaktu saya tahu dia dah peknen.. saya kelu.. tak terkata.. tapi dia berusaha menyusun ayat untuk memberitahu saya... mungkin supaya saya tak terluka dan terasa..tahniah sahabat.. rezeki awak awal.. bunting pelamin orang kata

selepas itu saya kurangkan perhubungan dengan dia! teruknya saya. saya tewas dek perasaan sendiri.. mungkin dia perasaan.. lalu perbualan kami lebih kepada gosip2 harian.. kejamkan saya! maafkan saya sahabat.. saya tak berniat untuk tidak berkongsi saat bahagia awak.. sungguh.. dari kejauhan ini terselit ingatan untuk dia. terbayang bagaimana comelnya dia pakai dress mengandung.. teringin sentuh perut dia.. tapi saya tak mampu nak sorok rasa kecewa ini..
mana mungkin saya tak terasa.. kisah persahabatan saya dan dia satu bangunan opis ni tahu.. dimana ada dia disitu ada saya.. dimana ada saya di situlah dia..semuanya bersama.. kami macam bayang2.. tak boleh dipisahkan.. awal tahun 2009 dia meninggalkan saya di sini.. berpindah ke utara kampung halaman dia atas arahan keluarga.. saya meraung.. menangis tak sanggup nak berpisah dengan dia.. dia kawan. dia lawan, dia sahabat susah senang saya selama hampir 7 tahun disini.. tinggallah saya seorang.. takder kawan yang sebaik dia.. penghujung tahun 2009 saya berkahwin.. tapi dia masih mencari2 rusuk kirinya.. pada dia saya doakan semoga berjumpa jodohnya..

penghujung tahun 2010 dia akhirnya berkahwin.. alhamdulillah sahabat.. kita sama2 dapat melayari bahtera rumahtangga.. syukur kepadaNya.. bulan Mac yang lepas dia khabarkan bahawa dia hamil.. Ya Allah.. saya menangis lagi.. lebih kuat dari masa saya kehilangan dia.. berita gembira untuk dia tapi khabar duka untuk saya..
selepas itu hubungan kami semakin renggang.. tiada lagi sms atau panggilan.. tiada lagi gosip2 dan gelak ketawa kami.. semuanya angkara saya!! saya tak sanggup nak mendengar bicaranya pasal kandungan dia.. saya tak kuat..hanya dia yang ada bertanya khabar saya..
seminggu ini saya asyik teringatkannya.. sihatkah dia di utara sana.. alahankah dia.. tapi masih tak hubungi dia. mungkin aura persahabatan kami masih utuh.. hampir tgh hari tadi dia menelefon saya.. kami bergosip2 macam biasa.. dan saya bertanya khabar kandungannya..dia bercerita dengan gembira.. dan kami ketawa bersama2 macam dahulu kala.. saya perasan betapa riangnya hati dia.. percakapannya pun tidak tersangkut seperti menyusun kata agar saya tak terasa.

akhir perbualan dia berkata dia dan suami tak putus mendoakan semoga saya juga dapat hamil dan ada zuriat macam dia.. rezeki saya akan tiba..tahun depan boleh pegi holiday bersama bawak anak masing2 seperti yang selalu kami angankan masa bujang dulu..terima kasih sahabat.. jangan lah putus berdoa untuk saya.. mudah2ah doa wanita hamil  diperkenankan Allah..

gambar dari gugel

* harap takder siapa yang perasan titisan airmata ini

2 ulasan:

  1. Syahiha:
    same je kita semua TTC ni, cepat tersentuh, tapi bukan kejam tau...
    memang sebaiknya kita elakkan dari berhadapan dengan situasi yang menyentuh hati...
    Tapi, kalo dah depan mata..kita tak boleh lari..

    kuatkan lagi semangat ye Fiha..=)
    tapi...perasaan kita mmg tak boleh tipu...

    BalasPadam
  2. Salam singgah..

    Syahdu baca coretan ni..

    I'm expecting my 2nd baby, after the first one being a special needs child..

    Di sekeliling saya pun ramai rakan2 yang sedang TTC.. Paling dekat, kakak ipar dan kawan paling baik saya dunia akhirat..

    Sumpah, di setiap perkataan, di setiap luahan, saya seboleh mungkin mahu mereka jg mengalami keadaan yang sama agar kami boleh berkongsi cerita tentang kandungan kami..

    Di hujung setiap doa, saya doakan ada rezeki buat mereka kerana saya juga mahu kebahagiaan milik mereka..

    Ada waktu, apabila berbicara, hati sekadar meluahkan sebuah keterujaan.. Namun masih ada satu sudut yang bagaikan kegusaran andai tersilap bicara dan mampu mengguris hati mereka-mereka yang cukup saya sayang ini!

    Sesungguhnya, tiada secalit pun niat yang tidak baik dan apabila namanya orang tersayang, sungguh, setiap doa yang terucap, pasti ada nama mereka..

    InsyaAllah, moga ada rezekiuntuk shafihas juga nanti.. aminnmnn

    BalasPadam