Jumaat, 9 September 2011

open house sana sini

al maklum semuanya masih dalam mood raya.. masih ada tang belum naik bekerja yer jangan tak tahu.. jemputan open house panjang berjela.. kalau ada kelapangan kami akan hadir... tapi yang tak berapa syoknya.. pertanyaannya rumah kami bila pulak.... alamak susah nak jawab nih.. takder tukang masak takkan nak buat menu biasa2 ajer.. tapi kalu ada yang sanggup nak makan kuih saja sila la datang jangan segan..

pertanyaan yang lagi tak sedap nak jawab.. asyik berkepit berdua ajer bila lagi nak bertiga?? hangin satu badan dibuatnya.. bila ada anak2 kecil yang kita tumpang pegang.. diperli2 sampai nak bernanah telinga ni.. payah sungguh.. bila buat tak reti je kat anak2 comel tu dikatanya kita ni taknak amik berkat langsung.. payah sungguh.. serba salah dibuatknya...

apa pun terima kasih pada sesapa yang jemput kami ke open house kalian.. semoga bertambah rezeki kalian semua..

# ada ke rakan TTC yang nak buat gathering raya ni.. baru la buleh nak bukak cerita pasal nasib kita pulak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan