Rabu, 20 April 2011

Masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga ni..
suara-suara itu melemahkan aku... bahananya en. suami yang kena.. tempat aku melampiaskan rasa tak puas hati, rasa marah, rasa geram aku pada mereka
betapa mereka tak pernah mengerti bahawa aku juga ingin seperti mereka
terlalu ingin..
terlalu ingin..

suamiku.. dalam kekhilafan yang mungkin aku sedar.. aku MOHON padamu AMPUNKAN ku..


*abang memang bagi yang payung emas... tapi ampunn.. ampun... pastu buat lagi.. macam mana?
   ek.. kata2 en. suamiku yang dah tak lalu ngan peranagai aku ke..

Selasa, 19 April 2011

hari yang SEDIH..
mereka berkata sesedap rasa
aku yang mendengarnya.. pedih sangat tak terkira
TOLONG.. kawan-kawan..
aku tak ingin menangis dan bersedih depan kalian
tidak sekali-kali
hanya kerana kekurangan aku..

Jumaat, 15 April 2011

POSITIF

Positif !! sungguh akhirnya aku +ve

Melihat Positif Dalam Negatif

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


* aku +ve untuk belajar bersyukur..

Lunch Hour yang panjang

Hari jumaat memang best.. bukan sebab malam tadi malam jumaat yer..heheh..
sebabnya hari ni lunch hour lama sikit tak macam weekdays yang lain.. biasanya aku ngan kekawan gi mall cuci2 mata tak pun rembat je la apa yang nak..
tapi ari ni.. aku nekad biarlah aku duk sorang dalam opis ni.. aku takkan ikut lagi korang yang nak gi mall tu.. takkan terpengaruh ngan korang..lantak la nak kata aku sombong ke ape ke... nak kata aku pokai tengah bulan pun ikut suka korang la.. biarkan aku..
aku buat sebab ada reason aku yang korang takkan paham.. dan aku amat yakin sekiranya aku berterus terang aku akan jadi bahan lawak dan bahan perbualan sumbang korang..
demimu permata hatiku yang masih lagi kunanti-nanti... nyah la makanan segera dan segala apa jenis makanan yang akan menggangu saat aku dan permata hatiku untuk  bersatu

hidangan gini memang tak sah la kalu kami tak singgah waktu lunch hour ari jumaat..

makanan feveret nih... bila McD  buat set lunch hour ni lagi la murah


ermmm lagi la sodap... sabar sabar..


memang teringin sangat nak makan pizza... leh tak buat2 ngidam nak makan...heheh usaha nak ngelak dari disiplin diri la tu..

untuk ari jumaat ni tahniah buat diriku sendiri sebab berjaya untuk disiplin kan diri.. tapi macam mana dengan weekend ni.. mesti hubby goda aku makan jugak... tu yang fail sokmo.


* target untuk disiplinkan asben pulak lepas nih

stress.. mengeluh.. tak bersyukur

hati ni semakin lama semakin hitam.. hati ini tidak lagi lembut..hati ini tak lagi mudah bertolak ansur.. KENAPA?? aku asyik merasakan diri ni sentiasa ditindas.. asyik dibuli.. asyik disuruh menyudahkan kerja2 orang lain.. mereka memang gemar ambil kesempatan!!!
tapi

bukan itu aja.. aku ni macam2 lagi yang sokmo tak kena.. patut muhasabah diri ni.. yang hal remeh pun nak amik port.. itu pasal la selalu STRESS SENDIRI.. hal kecik pasal makanan tak best kat cafe pun nak ngeluh sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Mengeluh pasal opis ni sejuk sangat.. sedangkan ramai lagi yang kepanasan. bila panas pun mengeluh jugak.... sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Mengeluh.. mengeluh.. mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.


Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). 

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. 

Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

aku insaf sekejap

betul


aku insaf dan bersyukur dengan nikmatNYa


* hari jumaat yang barakah ni, bila mana aku didik hati supaya redha dengan semua yang terjadi... Allah bagi aku berita GEMBIRA... Allahdulillah.. syukur kepadamu ya ALLAH

Khamis, 14 April 2011

takder mOOd

ntah mengapa sehari dua ni aku memang takder mood.. kijer banyak sangat nak buat.. penat + letih + tak daya dah nak buat kerja
nak jalan2 kat blog orang lain pun malas dah.. apa nak jadi ni..

Selasa, 12 April 2011

sEmanis KuRma - Rajuk hati Menanti Permata

Sejujurnya aku memang rasa sangat terkilan apabila tidak berpeluang untuk melihat Program Semanis Kurma minggu lagu. khilaf sungguh aku.. so apa yang dapat aku buat untuk memenuhi juga rasa ingin tahu aku pasal isu yang dikupas oleh ustazah Bahiyah tu aku pun mintak tolong kat pakcik gugel. dapat la jugak intipatinya.. bagus sangat kan.. rasa terbela bila ada yang memahami kepayahan dan keperitan aku demi mendapatkanmu permata hati.

jadi sebelum aku pun terlupa lagi sekali, ada ayat yang disarankan diamalkan buat suami dan isteri


    Al Anbiya ayat 89 :وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

                "Dan ingatlah ketika Zakaria berdoa kepada Allah, "Ya Tuhanku , janganlah Engkau
               biarkan aku seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik"

                  Al Abiya ayat 90 :

         فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَباً وَرَهَباً وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

             "Maka Kami kabulkan doanya dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. sungguh mereka selalu bersegera melakukan kebaikan dan mereka berdoa kepada kami dengan penuh harap dan cemas. dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada kami"
             

 Antara amalan lain yang harus sama dilakukan 
i) Bersegera melakukan banyak kebaikan/ ikhtiar
ii)Berdoa dengan penuh keikhlasan 
iii) Menjadikan hidup khusyuk hanya pada Allah

aku juga memohon kepada kawan2 supaya sama mendoakan kami suami isteri kuat dan tabah mengharungi dugaan ini..